Showing posts with label bermuhasabah. Show all posts
Showing posts with label bermuhasabah. Show all posts

Tuesday, March 30, 2010

antara penantian dan penyudahan

antara penantian dan penyudahan

sepi sunyi. bertaburan kertas bersepah atas lantai
sisa daripada kehidupan yang sudah pun berlalu,
yang menjadi sebahagian daripada kenangan
sepia warna hitam putih
riak wajah muda mudi.

sememangnya perjalanan wajar ditempuhi
sememangnya segala yang diharungi
berpunya hikmah di sebaliknya,
namun

antara penantian dan penyudahan

nikmat kecapi bercampuradukkan kesedihan,
senyuman dililit air mata berlinangan.

berakhirnya babak ini
terbukanya tirai babak seterusnya.

Monday, January 12, 2009

tak terhingga, tak terbilang

sudahkah saat-saat genting berlalu?
igauan buruk, kubangun,
resah, hatiku berkocak
seperti ombak dalam lautan bergelora...

dalam neraka ini,
dikau menunggu hari akhirat,
walaupun ku telahpun sampai
di sini, berhadapan dengan
penghakiman terakhir.

kebencian tak terhingga,
kemarahan tak terbilang.

Sunday, July 13, 2008

Pengadilan - Mana Sikana

'Tabuh berbunyi' ...

Begitulah babak permulaan kepada drama 'Pengadilan' hasil karya Mana Sikana.

Drama ini merupakan salah satu drama kegemaran saya sejak kali pertama saya membacanya pada umur 11 tahun. Saya tertarik kepada unsur jenaka bercampuraduk unsur serius yang lebih dikenali sebagai 'black humour' dalam Bahasa Inggeris.

Pada hemat saya, jika saya meletakkan sinopsis drama tersebut di sini, kalian tidak akan tergerak hati untuk membaca drama tersebut ... :P

oleh itu, bacalah drama ini untuk mengenali dengan lebih mendalam bakat sasterawan Malaysia dan sebagai gelak tawa bagi menghapuskan rasa tertekan. Pendek kata, ini bukanlah satu pembaziran masa tetapi akan membantu dalam memahami situasi kami sebagai manusia biasa.

Monday, April 16, 2007

bermuhasabah...(i)

yang ragu, yang dipersoalkan, yang sememangnya tidak terjawab...

suatu perjalanan yang masih tiada penghujungnya. aku masih tercari-cari jawapan yang akan menghilangkan kekaburan yang tersemat dalam sanubaiku. tetapi di manakah ku harus mula?

teringatkan kembali kata-kata yang pernah diucap kepada aku - segala yang berlaku pasti mempunyai hikmahnya. dan walaupun perjalanan kehidupan penuh dengan cabaran, dugaan dan ranjau yang seolah-olah tidak berbatas, aku akan meneruskannya dengan semangat yang baru, yang bersinar seperti fajar menyingsing.
dan apa yang tidak lagi bermakna, yang sudah menjadi satu kenangan semata-mata ...
pasrah, aku tidak akan ingkar terhadap apa yang sudah diberi kepadaku.

ya Tuhan, kuatkanlah imanku dan jadikanlah segala yang berlaku satu pengajaran dan satu panduan kepadaku.
kerana tanpa doaMu dan bantuanMu, aku tidak terdaya melakukan apa-apa.

semoga berkat Ilahi akan melimpah ruah dalam kehidupan kami semua, inilah yang aku sampaikan kepada rakan-rakan seperjuanganku yang dikasihi.

dan walaupun persoalanku masih tidak terjawab, hatiku tenang, hatiku sabar.