yang ragu, yang dipersoalkan, yang sememangnya tidak terjawab...
suatu perjalanan yang masih tiada penghujungnya. aku masih tercari-cari jawapan yang akan menghilangkan kekaburan yang tersemat dalam sanubaiku. tetapi di manakah ku harus mula?
teringatkan kembali kata-kata yang pernah diucap kepada aku - segala yang berlaku pasti mempunyai hikmahnya. dan walaupun perjalanan kehidupan penuh dengan cabaran, dugaan dan ranjau yang seolah-olah tidak berbatas, aku akan meneruskannya dengan semangat yang baru, yang bersinar seperti fajar menyingsing.
dan apa yang tidak lagi bermakna, yang sudah menjadi satu kenangan semata-mata ...
pasrah, aku tidak akan ingkar terhadap apa yang sudah diberi kepadaku.
ya Tuhan, kuatkanlah imanku dan jadikanlah segala yang berlaku satu pengajaran dan satu panduan kepadaku.
kerana tanpa doaMu dan bantuanMu, aku tidak terdaya melakukan apa-apa.
semoga berkat Ilahi akan melimpah ruah dalam kehidupan kami semua, inilah yang aku sampaikan kepada rakan-rakan seperjuanganku yang dikasihi.
dan walaupun persoalanku masih tidak terjawab, hatiku tenang, hatiku sabar.
No comments:
Post a Comment